Translate

Wednesday, December 24, 2014

Pinggan anda 'pinggan sihat'? It's as easy as ABC!

Anda pernah dengar konsep 'pinggan sihat'? In english we call it as 'healthy plate model'. In simple word, sekiranya anda mengamalkan konsep 'pinggan sihat' dalam diet harian , di dalam pinggan anda sepatutnya perlu ada  4 jenis kumpulan makanan utama ini; iaitu karbohidrat, protin, serat & sedikit lemak. 


Contoh karbohidrat, protin, serat & lemak yang sepatutnya ada dalam pinggan anda ialah:

  1. Karbohidrat (bijirin or grains): nasi, mee, kentang, roti, biskut, jagung,oat, cornflake
  2. Protin: ayam, ikan,daging, seafood, tauhu, tempeh, dairy products (susu, keju), kekacang
  3. Serat: sayur & buah 
  4. Lemak (yang disyorkan ialah lemak sihat): 
  • minyak sayuran (minyak jagung, zaitun, bunga matahari etc)
  • blended oil (campuran antara palm oil dengan vegetable oil)
  • margerin lembut
  • nuts (badam, hazel, gajus etc)  

Setiap kumpulan makanan di atas ada fungsinya yang tersendiri untuk tubuh anda:


  • Karbohidrat: merupakan sumber tenaga utama untuk tubuh
  • Protin: menghasilkan tisu-tisu badan seperti tisu otot & kulit, menguatkan sistem pertahanan badan, menghasilkan hormon & enzim yang penting untuk tubuh
  • Serat: memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta mengawal gula & kolesterol dalam darah. sayur & buah mengandungi vitamins & mineral yang membantu badan berfungsi dengan lebih baik & sihat
  • Lemak: sumber tenaga kedua selepas karbohidrat. lemak sihat seperti minyak sayuran (zaitun, jagung, bunga matahari etc) & nuts pula selain membekalkan tenaga, ia juga membekalkan nutrien lain seperti asid lemak Omega yang penting untuk kesihatan sistem tubuh anda 


Bagaimana nak tahu pinggan anda 'pinggan sihat' atau tak? Konsep 'pinggan sihat' boleh diterjemahkan seperti gambar di bawah:  


Konsep pinggan sihat/ Healthy plate model
                                              
Kalau nak lebih jelas lagi, cuba anda perhatikan gambar 'pinggan sihat' di bawah ini:


Contoh gambar 'pinggan sihat' yang sebenar
                                             
Jika anda perhatikan betul-betul gambar 'pinggan sihat' di atas, anda akan mendapati bahawa:

  • 1/3 pinggan terdiri daripada karbohidrat (grains): nasi
  • 1/3 pinggan terdiri daripada protin: ayam
  • Separuh pinggan terdiri daripada serat: sayur + buah
  • Lemak: sedikit saja; mungkin untuk menumis, salad dressing  etc

Jadi sekarang, anda sudah faham apa itu konsep 'pinggan sihat'? Dah jelas? Hopefully anda dapat mempraktikkan konsep tersebut dalam diet harian anda. Jika anda betul-betul mempraktikkannya secara konsisten, insya-Allah anda sihat sokmo. Haa gitu deh...!

Kesimpulannya, tak susah untuk mengamalkan 'pinggan sihat' dalam diet harian anda. Anda hanya perlukan nasi/mee (dalam kuantiti sederhana), ayam/ikan (seketul), sayur (lebihkan) & buah (sebiji) untuk memastikan pinggan anda adalah 'sihat' untuk tubuh anda. Dan sangatlah bagus sekiranya anda include juga segelas susu untuk kesihatan tulang anda.

Sekarang, cuba anda bandingkan gambar 'pinggan sihat' di atas dengan pinggan anda sebelum ini. Sama tak?  



No comments:

Post a Comment