Translate

Saturday, December 27, 2014

Dietitian & Nutritionist: Tak sama ke?

Dietitian dalam bahasa melayu, kita gelarkan sebagai pegawai dietetik @ pegawai zat makanan @ pakar diet. 

Nutritionist pula is the one yang kita selalu gelarkan sebagai pakar pemakanan @ pegawai sains makanan.


Ramai orang yang beranggapan yang dietitian & nutritionist kerjanya macam sama saja. Kekadang dietitian pun orang akan panggil pakar pemakanan, sedangkan tak sama pun dua benda tu. Mungkin sebab both of these carriers are related to food & nutrition. Yes they are. But actually they work in different specialties & situations. Hmmm...apa yang differentnya? Ok macam ni...


Bayangkan yang anda seorang yang sihat tetapi suka mengamalkan tabiat pemakanan yang kurang sihat & makan makanan  manis. Ketika ini, Nutritionist lah yang bertanggungjawab untuk educate orang sihat seperti anda untuk mengamalkan pemakanan yang sihat & kurang gula bagi mencegah daripada mendapat kencing manis kelak. Mereka akan memberikan informasi kepada anda tentang kandungan nutrient dalam makanan, serta amalan pemakanan sihat  & seimbang.

Medium untuk mereka sampaikan informasi kepada anda boleh jadi melalui media massa seperti iklan berkenaan amalan pemakanan sihat sebagaimana yang anda selalu lihat di TV, pamplet tentang 'kurangkan makanan manis', program kesihatan berkenaan kurangkan berat badan seperti program 'Jom Kurus' yang diacarakan Kevin Zahari, etc.


Illustrasi: Pamplet 'kurangkan gula'


 
Illustrasi: Program 'Jom Kurus' oleh Kevin Zahari (celebrity nutritionist)


Namun, let's say anda tetap makan makanan manis & kurang berkhasiat, dan tiba-tiba suatu hari anda dihantar ke hospital (contoh saja..saya tak doakan tau) kerana disahkan menghidap penyakit diabetes, maka ketika ini Dietitian lah yang bertanggungjawab merawat masalah anda melalui pengubahsuaian diet anda. Mereka akan educate anda melalui sesi diet counseling di dalam sebuah bilik kaunseling khas. Ketika itu, anda akan diajar tentang bagaimana hendak ubahsuai diet harian anda bagi memastikan paras gula darah anda terkawal setiap hari.


   
Illustrasi: Dietitian mengadakan sesi diet counseling bersama pesakit


Jadi macam mana sekarang? Dah nampak dah perbezaan kerja seorang nutritionist & dietitian?



Illustrasi; Nutritionist di syarikat produk kesihatan
Lagi satu, peluang kerjaya sebagai nutritionist & dietitian sangat luas sekiranya anda pandai meng-explore & me-market diri anda. Nutrititionist boleh bekerja di pelbagai tempat seperti bahagian pemakanan di Kementerian Kesihatan; Institut Sukan Negara; syarikat produk kesihatan (Nestle, Herbalife, etc); serta  fitness center atau gym. Klinik kesihatan juga memerlukan nutritionist untuk educate mereka yang bermasalah kesihatan (tetapi hanya untuk masalah yang bukan melibatkan penyakit kronik saja). Sesetengah syarikat pengeluar makanan selain produk kesihatan juga memberi peluang graduan bidang pemakanan & dietetik untuk bekerja di syarikat mereka.




Illustrasi: Dietitian  mengajar pesakit di hospital berkenaan diet 
Dietitian pula peluang kerjaya mereka sama seperti nutritionist seperti yang admin sebutkan di atas. Namun, apa yang sangat membezakan mereka dengan nutritionist ialah selain dari klinik kesihatan, dietitian juga boleh bekerja di hospital, sedangkan nutritionist tak. Ini kerana tugas dietitian sebenarnya lebih tertumpu (specialised) kepada merawat pesakit bukan saja yang bermasalah tak kronik, malahan juga yang berpenyakit kronik. Contoh yang kronik ialah diabetes, sakit jantung, darah tinggi, cancer, kegagalan buah pinggang & penyakit hati. 


Illustrasi: Dietitian memantau pesakit  yang terpaksa diberi makan menggunakan tiub  


Untuk lebih jelas lagi, saya ada sertakan sekali video tentang kerjaya dietitian. Selamat menonton!
 




Ha sekarang dah makin jelas dah tentang perbezaan antara nutritionist & dietitian? Please jangan cakap belum lagi...haha. Menangis saya penat-penat cerita panjang lebor tadi. Kalau dah rasa crystal clear, ok bagus. Tapi kalau still garu kepala, at least tak dapat banyak, faham sikit pun ok la.


Ok enough for today. Nak layan perasaan jap time weekend ni.

Sayonara.

1 comment:

  1. Thank you so much for sharing it. It's a tremendous help to me.

    ReplyDelete