Berat badan sudah menjadi satu isu yang menjadi tumpuan bukan saja di Malaysia, malah di negara-negara lain di Asia Tenggara seperti Thailand & Filipina. Dan jangan terkejut, berdasarkan kajian, surprisingly Malaysia merupakan the first country yang mendapat gelaran negara paling gemuk di Asia Tenggara. Hmmm...anda rasa kenapa ye?
![]() |
Malaysia negara paling gemuk, dengan 44.2% rakyat bermasalah berat badan berbanding negara lain |
Sekiranya anda perasan:
- makanan masyarakat Malaysia boleh dikatakan most of the time berminyak & kekadang bersantan
- satu tabiat Malaysians is that mereka akan mengambil nasi bersenduk-senduk ketika waktu makan
- Malaysians sering melewatkan waktu makan malam, sehinggakan hampir dengan waktu tidur
- Malaysians ada satu habit, di mana mereka suka makan di warung/restoran tengah-tengah malam
Sebenarnya, 4 tabiat rakyat Malaysia inilah antara faktor yang menjadikan negara ini mempunyai rakyat yang bermasalah kegemukan & obes. Ini kerana tabiat tersebut menyebabkan berlakunya 'ketidakseimbangan tenaga' atau 'energy imbalance' dalam tubuh anda, di mana tenaga yang anda dapat dari makanan tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh. Kesannya, ia akan disimpan sebagai lemak dalam badan.
![]() |
Illustrasi sahaja |
![]() |
Illustrasi sahaja |
Minyak kelapa sawit & santan yang biasa kita gunakan dalam masakan adalah tinggi lemak tepu which is bad for your jantung. Namun buat sesetengah orang, sesuatu masakan itu tak complete & takkan menjadi sekiranya tidak membubuh minyak atau santan. Pendek kata macam ni lah, anda boleh gunakan minyak dalam masakan, TETAPI:
- kurangkan minyak kepada 1 sudu atau kurang untuk menumis
- kurangkan kekerapan memasak menu bergoreng & bersantan. Contohnya, sekiranya anda telah memasak ayam goreng atau ayam masak lemak pada Isnin, untuk hari Selasa & hari seterusnya menu anda perlulah digantikan dengan sup ayam, tomyam ayam, ayam masak stim & apa-apa masakan yang kurang minyak atau tiada santan.
- kurangkan pengambilan kuah kerana di situlah tempat bersembunyinya minyak atau santan
- untuk menumis, lebih baik jikka anda gantikan minyak kelapa sawit dengan minyak sayuran lain seperti minyak jagung, bunga matahari & zaitun kerana ia mengandungi lemak sihat
- untuk menggoreng, cuba gantikan minyak kelapa sawit dengan 'blended oil'. blended oil boleh didapati di pasar raya seperti Econsave, Tesco & Giant
- jangan guna santan 1 kotak sekali gus. sebaliknya, guna setengah kotak saja kemudian campur dengan air
- sekali sekala cuba gantikan santan dengan susu biasa atau susu rendah lemak. sekiranya anda tak berapa berkenan dengan rasa masakan yang dimasak dengan susu biasa atau susu rendah lemak, mingkin boleh gantikan dengan susu full-cream atau susu cair (ye susu full-cream & susu cair mengandungi lemak tepu, tetapi tidaklah setinggi santan. so using them is better then using santan right?)
#2. Tabiat Malaysians, mereka akan mengambil nasi secara 'pukal' ketika waktu makan.
![]() |
Illustrasi sahaja |
Bukannya tak boleh kalau nak makan nasi . Boleh saja, sebab nasi adalah sumber tenaga untuk badan kita. Namun, nasi perlu diambil ikut keperluan anda. Untuk mereka yang bermasalah berat badan, 2 senduk nasi untuk setiap meal time sebenarnya sudah cukup untuk memberi anda tenaga. Hmm..macam mana tu?
Mungkin ada yang akan kata "kenyang ke?". Sebenarnya, anda bukannya hanya ambil nasi saja. Anda juga akan ambil lauk-pauk ketika waktu makan bukan? Lauk itulah yang akan membantu anda rasa kenyang & 'puas'. Sebab itu pada post admin yang lepas, saya ada beritahu mengenai pemakanan sihat menggunakan konsep 'pinggan sihat'. Cuba anda cari post yang bertajuk 'Pinggan Anda Pinggan Sihat?'. Di situ saya ada beritahu mengenai kuantiti lauk yang sepatutnya dalam pinggan anda.
#3. Malaysians melewatkan waktu makan malam, sehinggakan hampir dengan waktu tidur
![]() |
Illustrasi sahaja |
Sebenarnya, apabila anda melewatkan waktu makan malam, tenaga yang anda dapat daripada makanan tidak dapat digunakan secara optimum, menyebabkannya menjadi lemak. Jika kita lihat cara Rasulullah S.A.W makan, baginda tidak makan ketika waktu malam. Sekiranya anda tak mampu mengikut cara Rasulullah, sekurang-kurangnya cubalah berusaha untuk tak lewat sehingga selepas 9 pm. Oleh itu, apa yang admin mampu katakan ialah anda perlulah belajar untuk mendisiplinkan diri dalam menjaga waktu makan. Sedikit tips untuk anda:
- sekiranya anda terpaksa makan lewat, pastikan makanan anda tak terlalu berat & berminyak. contohnya daripada memilih nasi goreng, mee goreng & burger, anda boleh pilih menu yang lebih ringan & sihat seperti bubur, sup sayur, tomyam & sandwich
- sekiranya anda ambil nasi/mee, jangan ambil melebihi 2 senduk
- kurangkan kuah kerana kuah mengandungi minyak
- lebihkan sayur untuk memberikan anda rasa lebih kenyang tanpa perlu mengambil lebih nasi
- ambil air kosong daripada air manis
#4. Tabiat Malaysians yang suka makan di warung/restoran lewat malam
Sudah menjadi tabiat Malaysians untuk melepak di warung/restoran dengan kawan-kawan & makan-makan sambil berborak. Yang menjadi kerisauan ialah apabila anda memesan menu bergoreng & minuman manis. Menu bergoreng tinggi lemak tepu kerana minyak, manakala minuman manis pula tinggi gula. Oleh itu, admin ada sedikit tips sekiranya anda makan di warung/restoran lewat malam:
- gantikan air manis dengan air kosong
- elakkan memilih menu berat & berminyak. contohnya elakkan nasi goreng, mee goreng, burger, roti canai & roti bom.
- kurangkan kuah kerana kuah mengandungi minyak
- pilihlah menu yang kurang berat & kurang minyak seperti bubur, mee sup, sup sayur, tomyam, sandwich, cappati & tosai
- sekiranya anda tahu anda akan makan di luar lewat malam, pastikan anda makan malam di rumah dalam kuantiti sedikit tetapi sihat & seimbang
Tu dia...panjang lebar saya berleter. Harap-harap anda semua dapat input berguna, walaupun tak banyak, sedikit pun jadi.
Mana tahu selepas ini anda mungkin sibuk sehingga lewat malam, atau kawan anda mengajak lepak & makan di luar- tips yang admin kongsikan mungkin berguna untuk anda ketika itu.
Mana tahu selepas ini anda mungkin sibuk sehingga lewat malam, atau kawan anda mengajak lepak & makan di luar- tips yang admin kongsikan mungkin berguna untuk anda ketika itu.
No comments:
Post a Comment