Translate

Saturday, December 27, 2014

Dietitian & Nutritionist: Tak sama ke?

Dietitian dalam bahasa melayu, kita gelarkan sebagai pegawai dietetik @ pegawai zat makanan @ pakar diet. 

Nutritionist pula is the one yang kita selalu gelarkan sebagai pakar pemakanan @ pegawai sains makanan.


Ramai orang yang beranggapan yang dietitian & nutritionist kerjanya macam sama saja. Kekadang dietitian pun orang akan panggil pakar pemakanan, sedangkan tak sama pun dua benda tu. Mungkin sebab both of these carriers are related to food & nutrition. Yes they are. But actually they work in different specialties & situations. Hmmm...apa yang differentnya? Ok macam ni...


Bayangkan yang anda seorang yang sihat tetapi suka mengamalkan tabiat pemakanan yang kurang sihat & makan makanan  manis. Ketika ini, Nutritionist lah yang bertanggungjawab untuk educate orang sihat seperti anda untuk mengamalkan pemakanan yang sihat & kurang gula bagi mencegah daripada mendapat kencing manis kelak. Mereka akan memberikan informasi kepada anda tentang kandungan nutrient dalam makanan, serta amalan pemakanan sihat  & seimbang.

Medium untuk mereka sampaikan informasi kepada anda boleh jadi melalui media massa seperti iklan berkenaan amalan pemakanan sihat sebagaimana yang anda selalu lihat di TV, pamplet tentang 'kurangkan makanan manis', program kesihatan berkenaan kurangkan berat badan seperti program 'Jom Kurus' yang diacarakan Kevin Zahari, etc.


Illustrasi: Pamplet 'kurangkan gula'


 
Illustrasi: Program 'Jom Kurus' oleh Kevin Zahari (celebrity nutritionist)


Namun, let's say anda tetap makan makanan manis & kurang berkhasiat, dan tiba-tiba suatu hari anda dihantar ke hospital (contoh saja..saya tak doakan tau) kerana disahkan menghidap penyakit diabetes, maka ketika ini Dietitian lah yang bertanggungjawab merawat masalah anda melalui pengubahsuaian diet anda. Mereka akan educate anda melalui sesi diet counseling di dalam sebuah bilik kaunseling khas. Ketika itu, anda akan diajar tentang bagaimana hendak ubahsuai diet harian anda bagi memastikan paras gula darah anda terkawal setiap hari.


   
Illustrasi: Dietitian mengadakan sesi diet counseling bersama pesakit


Jadi macam mana sekarang? Dah nampak dah perbezaan kerja seorang nutritionist & dietitian?



Illustrasi; Nutritionist di syarikat produk kesihatan
Lagi satu, peluang kerjaya sebagai nutritionist & dietitian sangat luas sekiranya anda pandai meng-explore & me-market diri anda. Nutrititionist boleh bekerja di pelbagai tempat seperti bahagian pemakanan di Kementerian Kesihatan; Institut Sukan Negara; syarikat produk kesihatan (Nestle, Herbalife, etc); serta  fitness center atau gym. Klinik kesihatan juga memerlukan nutritionist untuk educate mereka yang bermasalah kesihatan (tetapi hanya untuk masalah yang bukan melibatkan penyakit kronik saja). Sesetengah syarikat pengeluar makanan selain produk kesihatan juga memberi peluang graduan bidang pemakanan & dietetik untuk bekerja di syarikat mereka.




Illustrasi: Dietitian  mengajar pesakit di hospital berkenaan diet 
Dietitian pula peluang kerjaya mereka sama seperti nutritionist seperti yang admin sebutkan di atas. Namun, apa yang sangat membezakan mereka dengan nutritionist ialah selain dari klinik kesihatan, dietitian juga boleh bekerja di hospital, sedangkan nutritionist tak. Ini kerana tugas dietitian sebenarnya lebih tertumpu (specialised) kepada merawat pesakit bukan saja yang bermasalah tak kronik, malahan juga yang berpenyakit kronik. Contoh yang kronik ialah diabetes, sakit jantung, darah tinggi, cancer, kegagalan buah pinggang & penyakit hati. 


Illustrasi: Dietitian memantau pesakit  yang terpaksa diberi makan menggunakan tiub  


Untuk lebih jelas lagi, saya ada sertakan sekali video tentang kerjaya dietitian. Selamat menonton!
 




Ha sekarang dah makin jelas dah tentang perbezaan antara nutritionist & dietitian? Please jangan cakap belum lagi...haha. Menangis saya penat-penat cerita panjang lebor tadi. Kalau dah rasa crystal clear, ok bagus. Tapi kalau still garu kepala, at least tak dapat banyak, faham sikit pun ok la.


Ok enough for today. Nak layan perasaan jap time weekend ni.

Sayonara.

Thursday, December 25, 2014

'Gemuknya' Malaysia Kita.

Berat badan sudah menjadi satu isu yang menjadi tumpuan bukan saja di Malaysia, malah di negara-negara lain di Asia Tenggara seperti Thailand & Filipina. Dan jangan terkejut, berdasarkan kajian, surprisingly Malaysia merupakan the first country yang mendapat gelaran negara paling gemuk di Asia Tenggara. Hmmm...anda rasa kenapa ye?

Malaysia negara paling gemuk, dengan 44.2% rakyat bermasalah berat badan berbanding negara lain

Sekiranya anda perasan:
  1. makanan masyarakat Malaysia boleh dikatakan most of the time berminyak & kekadang bersantan
  2. satu tabiat Malaysians is that mereka akan mengambil nasi bersenduk-senduk ketika waktu makan
  3. Malaysians sering melewatkan waktu makan malam, sehinggakan hampir dengan waktu tidur
  4. Malaysians ada satu habit, di mana mereka suka makan di warung/restoran tengah-tengah malam  

Sebenarnya, 4 tabiat rakyat Malaysia inilah antara faktor yang menjadikan negara ini mempunyai rakyat yang bermasalah kegemukan & obes. Ini kerana tabiat tersebut menyebabkan berlakunya 'ketidakseimbangan tenaga' atau 'energy imbalance' dalam tubuh anda, di mana tenaga yang anda dapat dari makanan tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh. Kesannya, ia akan disimpan sebagai lemak dalam badan.


#1. Makanan Malaysians berminyak & bersantan.


           
Illustrasi sahaja
Illustrasi sahaja



Minyak kelapa sawit & santan yang biasa kita gunakan dalam masakan adalah tinggi lemak tepu which is bad for your jantung. Namun buat sesetengah orang, sesuatu masakan itu tak complete & takkan menjadi  sekiranya tidak membubuh minyak atau santan. Pendek kata macam ni lah, anda boleh gunakan minyak dalam masakan, TETAPI:
  • kurangkan minyak kepada 1 sudu atau kurang untuk menumis
  • kurangkan kekerapan memasak menu bergoreng & bersantan. Contohnya, sekiranya anda telah memasak ayam goreng atau ayam masak lemak pada Isnin, untuk hari Selasa & hari seterusnya menu anda perlulah digantikan dengan sup ayam, tomyam ayam, ayam masak stim & apa-apa masakan yang kurang minyak atau tiada santan.
  • kurangkan pengambilan kuah kerana di situlah tempat bersembunyinya  minyak atau santan
  • untuk menumis, lebih baik jikka anda gantikan minyak kelapa sawit dengan minyak sayuran lain seperti minyak jagung, bunga matahari & zaitun kerana ia mengandungi lemak sihat
  • untuk menggoreng, cuba gantikan minyak kelapa sawit  dengan 'blended oil'. blended oil boleh didapati di pasar raya seperti Econsave, Tesco & Giant
  • jangan guna santan 1 kotak sekali gus. sebaliknya, guna setengah kotak saja kemudian campur dengan air
  • sekali sekala cuba gantikan santan dengan susu biasa atau susu rendah lemak. sekiranya anda tak berapa berkenan dengan rasa masakan yang dimasak dengan  susu biasa atau susu rendah lemak, mingkin boleh gantikan dengan susu full-cream atau susu cair (ye susu full-cream & susu cair mengandungi lemak tepu, tetapi tidaklah setinggi santan. so using them is better then using santan right?) 

#2. Tabiat Malaysians, mereka akan mengambil nasi secara 'pukal' ketika waktu makan.


Illustrasi sahaja


Bukannya tak boleh kalau nak makan nasi . Boleh saja, sebab nasi adalah sumber tenaga untuk badan kita. Namun, nasi perlu diambil ikut keperluan anda. Untuk mereka yang bermasalah berat badan, 2 senduk nasi untuk setiap meal time sebenarnya sudah cukup untuk memberi anda tenaga. Hmm..macam mana tu?

Mungkin ada yang akan kata "kenyang ke?". Sebenarnya, anda bukannya hanya ambil nasi saja. Anda juga akan ambil lauk-pauk ketika waktu makan bukan? Lauk itulah yang akan membantu anda rasa kenyang & 'puas'. Sebab itu pada post admin yang lepas, saya ada beritahu mengenai pemakanan sihat menggunakan konsep 'pinggan sihat'. Cuba anda cari post yang bertajuk 'Pinggan Anda Pinggan Sihat?'. Di situ saya ada beritahu mengenai kuantiti lauk yang sepatutnya dalam pinggan anda.


#3. Malaysians melewatkan waktu makan malam, sehinggakan hampir dengan waktu tidur


Illustrasi sahaja

Sebenarnya, apabila anda melewatkan waktu makan malam, tenaga yang anda dapat daripada makanan tidak dapat digunakan secara optimum, menyebabkannya menjadi lemak. Jika kita lihat cara Rasulullah S.A.W makan, baginda tidak makan ketika waktu malam. Sekiranya anda tak mampu mengikut cara Rasulullah, sekurang-kurangnya cubalah berusaha untuk tak lewat sehingga selepas 9 pm. Oleh itu, apa yang admin mampu katakan ialah anda perlulah belajar untuk mendisiplinkan diri dalam menjaga waktu makan. Sedikit tips untuk anda:
  • sekiranya anda terpaksa makan lewat, pastikan makanan anda tak terlalu berat & berminyak. contohnya daripada memilih nasi goreng, mee goreng & burger, anda boleh pilih menu yang lebih ringan & sihat seperti bubur, sup sayur, tomyam & sandwich 
  • sekiranya anda ambil nasi/mee, jangan ambil melebihi 2 senduk 
  • kurangkan kuah kerana kuah mengandungi minyak 
  • lebihkan sayur untuk memberikan anda rasa lebih kenyang tanpa perlu mengambil lebih nasi
  • ambil air kosong daripada air manis 

#4. Tabiat Malaysians yang suka makan di warung/restoran lewat malam 

Sudah menjadi tabiat Malaysians untuk melepak di warung/restoran dengan kawan-kawan & makan-makan sambil berborak. Yang menjadi kerisauan ialah apabila anda memesan menu bergoreng & minuman manis. Menu bergoreng tinggi lemak tepu kerana minyak, manakala minuman manis pula tinggi gula. Oleh itu, admin ada sedikit tips sekiranya anda makan di warung/restoran lewat malam:
  • gantikan air manis dengan air kosong 
  • elakkan memilih menu berat & berminyak. contohnya elakkan nasi goreng, mee goreng, burger, roti canai & roti bom. 
  • kurangkan kuah kerana kuah mengandungi minyak 
  • pilihlah menu yang kurang berat & kurang minyak seperti bubur, mee sup, sup sayur, tomyam, sandwich, cappati & tosai
  • sekiranya anda tahu anda akan makan di luar lewat malam, pastikan anda makan malam di rumah dalam kuantiti sedikit tetapi sihat & seimbang

Tu dia...panjang lebar saya berleter. Harap-harap anda semua dapat input berguna, walaupun tak banyak, sedikit pun jadi.

Mana tahu selepas ini anda mungkin sibuk sehingga lewat malam, atau kawan anda mengajak lepak & makan di luar- tips yang admin kongsikan mungkin berguna untuk anda ketika itu.





Wednesday, December 24, 2014

Pinggan anda 'pinggan sihat'? It's as easy as ABC!

Anda pernah dengar konsep 'pinggan sihat'? In english we call it as 'healthy plate model'. In simple word, sekiranya anda mengamalkan konsep 'pinggan sihat' dalam diet harian , di dalam pinggan anda sepatutnya perlu ada  4 jenis kumpulan makanan utama ini; iaitu karbohidrat, protin, serat & sedikit lemak. 


Contoh karbohidrat, protin, serat & lemak yang sepatutnya ada dalam pinggan anda ialah:

  1. Karbohidrat (bijirin or grains): nasi, mee, kentang, roti, biskut, jagung,oat, cornflake
  2. Protin: ayam, ikan,daging, seafood, tauhu, tempeh, dairy products (susu, keju), kekacang
  3. Serat: sayur & buah 
  4. Lemak (yang disyorkan ialah lemak sihat): 
  • minyak sayuran (minyak jagung, zaitun, bunga matahari etc)
  • blended oil (campuran antara palm oil dengan vegetable oil)
  • margerin lembut
  • nuts (badam, hazel, gajus etc)  

Setiap kumpulan makanan di atas ada fungsinya yang tersendiri untuk tubuh anda:


  • Karbohidrat: merupakan sumber tenaga utama untuk tubuh
  • Protin: menghasilkan tisu-tisu badan seperti tisu otot & kulit, menguatkan sistem pertahanan badan, menghasilkan hormon & enzim yang penting untuk tubuh
  • Serat: memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta mengawal gula & kolesterol dalam darah. sayur & buah mengandungi vitamins & mineral yang membantu badan berfungsi dengan lebih baik & sihat
  • Lemak: sumber tenaga kedua selepas karbohidrat. lemak sihat seperti minyak sayuran (zaitun, jagung, bunga matahari etc) & nuts pula selain membekalkan tenaga, ia juga membekalkan nutrien lain seperti asid lemak Omega yang penting untuk kesihatan sistem tubuh anda 


Bagaimana nak tahu pinggan anda 'pinggan sihat' atau tak? Konsep 'pinggan sihat' boleh diterjemahkan seperti gambar di bawah:  


Konsep pinggan sihat/ Healthy plate model
                                              
Kalau nak lebih jelas lagi, cuba anda perhatikan gambar 'pinggan sihat' di bawah ini:


Contoh gambar 'pinggan sihat' yang sebenar
                                             
Jika anda perhatikan betul-betul gambar 'pinggan sihat' di atas, anda akan mendapati bahawa:

  • 1/3 pinggan terdiri daripada karbohidrat (grains): nasi
  • 1/3 pinggan terdiri daripada protin: ayam
  • Separuh pinggan terdiri daripada serat: sayur + buah
  • Lemak: sedikit saja; mungkin untuk menumis, salad dressing  etc

Jadi sekarang, anda sudah faham apa itu konsep 'pinggan sihat'? Dah jelas? Hopefully anda dapat mempraktikkan konsep tersebut dalam diet harian anda. Jika anda betul-betul mempraktikkannya secara konsisten, insya-Allah anda sihat sokmo. Haa gitu deh...!

Kesimpulannya, tak susah untuk mengamalkan 'pinggan sihat' dalam diet harian anda. Anda hanya perlukan nasi/mee (dalam kuantiti sederhana), ayam/ikan (seketul), sayur (lebihkan) & buah (sebiji) untuk memastikan pinggan anda adalah 'sihat' untuk tubuh anda. Dan sangatlah bagus sekiranya anda include juga segelas susu untuk kesihatan tulang anda.

Sekarang, cuba anda bandingkan gambar 'pinggan sihat' di atas dengan pinggan anda sebelum ini. Sama tak?